coretan demi coretan
ku tulis dan ku lembarkan
cebisan demi cebisan
kisah dan potret ku gambarkan
sekeping hati
mengikis perasaan
menusuk ke sanubari
menghunus ke jiwa ku
segala ingin ku hamburkan
segala mahu ku jelaskan
kepada siapa mahu ku berteriak?
kepada siapa mahu ku melalak?
adakah telinga yang mahu mendengar?
adakah bibir yang ingin berbicara denganku?
ku tangisi sendiri..
bila dugaan mendatang
ku perlukan pelitaku
sinar dari pelitaku
yang senantiasa menemaniku
apabila ia menjauh
ku terpaku
ku terjatuh
ke alam dunia ku sendiri
No comments:
Post a Comment