di keheningan malam
ku masih terkenang
pesanan serta kirimanmu
sejenak ingatanku kembali terganggu
inginku buang
inginku campakkan
tapi mengapa
ia sering hadir?
jiwaku kacau
fikiranku bercelaru
hatiku menjerit
batinku berteriak
ku menyapa diri sendiri
silapku di mana
saat diri dibuang
ku seakan tidak diperlukan lagi
ku sedar diri ini
ku tidak bermakna di matamu
hanya barang mainan yang sering ditukar ganti
hanya dilayan mengikut mahumu
sekiranya itu yang kamu mahu
ku akan turutkan
harap kamu berbahagia di sana
tanpaku disisimu
No comments:
Post a Comment